THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Thursday, December 16, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan




Hanya cinta yang tahu erti cinta,
Orang cakap cinta itu indah ibarat pelangi,
Tapi ada yang kata, cinta sepahit hempedu,
Cinta, cinta, cinta….makin cinta makin indah,
Seindah kilauan pasir dipesisir pantai,
Dan setenang air dilautan biru…~

6

Mulutnya, mengumpul senyuman menahan ketawa, barangkali cerita yang dibaca itu agak mengelikan hatinya. Cerita mengenai pasangan yang menemui cinta mereka sewaktu sedang minum cappuccino dan mocha di kafe. “Hey, apa yang kau tesengeh-sengeh dari tadi Hani?” soal wana tertanya-tanya. “Cerita novel yang ini kelakar lah Wana, saket perut aku nak ketawa…hahaa…” jawab Hani senyum. Tajuk cerita “Cinta Antara Capuccino dan Mocha, cukup ntuk mendambarkan genre cerita novel yang agak komedi romantic itu, sebab itulah Hani kadang-kadang tertawa dan kadang-kadang pula sedih pabila sedang melayani cerita itu. Novel itu betul-betul telah mempengaruhi emosi Hani, begitu lah hati wanita sungguh mudah bermain dengan emosi walaupun mereka sedar bahawa ia hanya sekadar cerita yang direka.

Selesai membaca cerita bab yang ke-10, Hani terus menutup novel itu, episod lain akan disimpan untuk bacaan esok hari. Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam, hanya tinggal Wana dan Hani sahaja yang maseh belum melelapkan mata di rumah sewa mereka. Rakan-rakan yang lain semua sudah lena diulit mimpi, mungkin indah mungkin jua sebaliknya. Hani melihatkan Wana yang khayal termenung di jendela, seingat Hani sejak satu jam tadi lagi dia berperangai begitu, Cuma sekali sekala sahaja dia menegur Hani. “Heloo, Cik Shaz Wana Binti Shazzaidy…! Kenapa dari tadi bermenung sahaja? Apa yang dimenungkan??’ soal Hani sambel bergurau. Jauh disudut hati perempuan Hani, dia tahu apa yang dimenungkan oleh seorang wanita ini, tidak lain dan tidak bukan insan bernama lelaki. Hanya lelaki sahaja yang akan membuat perempuan termenung panjang dimalam hari, Hani juga pernah merasakannya? dan inilah yang terjadi pada kawannya Wana…! “Hem, entahla….aku terasa sesuatu yang pelik telah melanda diriku ini, tetapi ianya sungguh selesa. Umpama aku berpijak di awan dan berlari-lari dengan riang nya…Apakah rasa ini Hani?” soalnya. “Indahnya jika kita dapat berpijak diatas kepul-kepul awan, melihat keadaan dibawah sana, sambel dibelai badai-badai angin diatas sana, akan tetapi sayang, seribu kali sayang…ianya cuma khayal-khayalan kau dan juga aku….Kau dilamun cinta Wana..Cintaaa! dan kau harus sedar itu…!” bentak Hani yang mengejutkan Wana dari lena cintanya yang terus mengulit angannya. “aku pernah merasakan ini, tetapi rasa itu telah lama hilang” teringat Wana pada cinta pertamanya semasa selesai peperiksaan Sijil Penilaian Tinggi (SPM), Zack lelaki berkulit hitam manis, berpewatakkan riang dan ria telah mencuri hati Wana. Cinta mereka yang pada awalnya bahagia, mulai retak setelah Zack menduakan Wana tanpa disedarinya. Akhirnya mereka berpisah. Sejak itu Wana tidak merasakan perasaan seindah pelangi begini. Sehingga hari ini dia merasakan nya semula, kali ini lebih kuat lagi panahan nya. Hatinya umpama dihujani bunga-bunga sakura pada waktu musim salji. Arghhh indahnya tak terkata perasaan ini.! “Ahh haa, Wana, Ahad ni aku ade date kali kedua dengan Fathul tu” beritahu Wana dengan riang. Perlahan-lahan Hani pergi ke jendela, duduk rapat bersebelahan Wana, tangan kirinya memeluk Wana “tak salah kau melayan perasaan begini, cinta yang mulanya madu, sesekali akan menjadi hempedu, aku tak nak cinta kau jadik begitu” pesan Hani, Wana tunduk “ya, aku sedar semua itu, tapi buat masa ini aku selesa merasa begini, dan aku tak mahu fikir apa yang akan berlaku pada hari-hari yang mendatang, harap kau mengerti”. Hana tidak mahu menganggu emosi Wana lagi, takut-takut ia akan merosakkan “mood” sahabatnya itu. Mereka sama-sama berdua mengintai langit malam yang dingin sambil menyanyi “Terima kasih cinta, untuk segalanya, kau berikan lagi, kesempatan itu……~” akhirnya terlena disudut jendela.

Keesokkan harinya seperti hari-hari sebelumnya seperti biasa Wana mengintai pujaan hatinya itu dari koridor kolej tingkat 1. Fathul seperti biasa dihadapan luar kolej bersembang dan merokok bersama teman-temannya. Sesekali hilai gelak mereka sampai kecuping telinga Wana membuatkan Wana tersenyum. Handphone cellular nokia dicapai dari beg utasnya lantas mendail nombor talifon Fathul . Deringan talifon membuatkan Fathul tersentak dari ketawa. “Hye, rancak ketawa?, sampai satu kolej boleh dengar tau” soal Wana. “Hahaa…saja bersembang kosong sementara menunggu kelas seterusnya” jawab Fathul ringkas. “Eh, awak dimana? Macam mana bole tau apa yang sedang saya lakukan??” soal fathul aneh, sambel biji matanya berkeliaran melihat sekeliling. “Ada lah, hem…bagaimana Ahad ni…jadi ke kita keluar?” tanya Wana pada Fathul. “Hanya ajal yang akan menghalang pertemuan kita” jawab Fathul “eh, apela awak nie, tak baik tau….dah, jadi ahad ni confirm okeyy?” Wana menunjukkan kepastian.



Setibanya dirumah Fathul terus mencapai buku yang dibacanya sejak seminggu yang lepas
“ Why I have to trust a LOVE”. Buku yang dibacanya itu menceritakan tentang kepercayaan terhadap cinta, dan Fathul percaya kepercayaan antara satu dengan yang lain akan menghasilkan cinta sejati. “Trust like a glass, once its broken it will cant be repaired” muka 15 perenggan ke 3 dari buku itu. Ya, memang benar, kepercayaan ibarat kaca, sekali ianya pecah sudah pasti tidak dapat bercantum kembali. Begitulah jua manusia sekali kita memberi kepercayaan pada seseorang, kita mengharapkan dia menghargainya, sekiranya ia mensia-siakannya sudah pasti tidak akan ada kali kedua untuknya lagi. Leka Fathul membaca dan banyak yang dia belajar dari buku itu. Muka nya sesekali berkerut memahami patah-patah perkataan inggeris didalam buku itu. Buku yang mempunyai 360 halaman itu sudah pasti tidak akan boleh dihabiskan Fathul buat masa terdekat. Memang sejak kecil Fathul minat membaca Cuma bezanya dahulu semasa kecil dia minat membaca komik, komik yang paling digemarinya adalah “Doraemon”. Namun bersesuaian dengan aliran usia kini dia banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku yang banyak berfalsafah dan banyak mengajar nya mengenal keperibadian seseorang. Sedang lena memnghayati butir-butir ayat, rakannya Kaizer menghantar sms “pukul 8.30malam jumpa kau di tempat biasa, ada game”. Sms itu mengingatkan Fathul akan janjinya kepada seterunya yang menyimpan dendam padanya kerana kerap kali tewas.

Tepat jam 8.00malam Fathul bergegas mencapai helmet MS88 nya dan menghidupakan enjin motornya sambel memulas minyak. Dengan segera terus meluncur laju meninggalkan kepulan asap hitam dibelakang. Tepat jam 8.30 malam bertempat di tepi Highway Faderal arah Sunway. Ramai yang sudah berkumpul dan suasana agak gamat seolah olah mengadakan party besar-besaran sahaja. Sani seterunya Fathul tidak sabar-sabar lagi menunggu kehadiran Fathul, kerap kali matanya melihat jam tangan nya. “hey, Kaizer….ape cer? Jadik ke xjadik sahabat BAIK kau tuhh?? Atau takot??. Bentak Sani dengan nada keras. “Cantik sikit, selama aku kenal dia, dia tak pernah kenal erti takut tau, huh~” Kaizer juga agak risau kerana panggilannya ke atas Fathul tidak berjawab, sudah berbillion kali dia menelefon Fathul, timbul rasa risau dalam diri nya kalau-kalau sesuatu yang tidak diingini terjadi pada sahabatnya itu. Mereka menunggu lagi…lagi…dan lagi……bilakah Fathul akan tiba...

Bersambung~

1 comments:

Unknown said...

why i have to trust a love..ok da bca sume...
tggu next chapter..
nk tgk ap yg belaku kt fathul ni smpai dia menghilangkn diri..
adios amigos