THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Monday, August 30, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan



Chapter 2

Apa lagi selain cinta,
Cinta itu buta,
Orang yang bercinta itu lagi buta,
Selagi Cinta bernama cinta,
Pahit pun rasa manis . . . .

2
Pandangan bola mata gadis itu tepat ke wajah seorang jejaka kurus tinggi yg berdiri bersama segerombolan kawan-kawannya sambil menghembuskan kepul-kepulan asap rokok seakaan berbincang bagai hendak melakukan protes besar-besaran. Tampak bergaya jejaka yang direnunginya itu pabila hisap rokok, mungkin hatinya sudah terpaut, jadi apa pun tidak diendahkan. Ini bukan kali pertama wana melihat dari jauh jejaka idamannya itu, malah hampir setiap kali selepas kelas dia mesti menjenguk ke hadapan kolej untuk mengintai jejaka itu, mana lah tau kalau-kalau jekaka itu lepak bersama-sama kawan-kawannya sambil merokok dan bersembang kosong, sempatlah dia menatap wajah jejaka pujaannya itu walaupun dari sudut pandangan jauh. Baginya cukuplah sekadar melihat dari jauh, kerana dirinya malu untuk menegur dan berkenalan, tenung wajahnya dari jauh pun sudah cukup. Kalau diikutkan hatinya itu, mahu sahaja dia pergi betul-betul didepan muka jejaka itu dan bertanya kan “Boleh kita berkenalan?” tp dia sedar yg dia seorang gadis, apa tanggapan lelaki kalau perempuan berkelakuan sebegitu rupa. Sebab itu jua lah sehingga ke harini ini dia hanya menyimpan sahaja hasrat itu jauh – jauh dalam kotak hatinya. Umpama menyimpan duit didalam peti besi hendaknya.

“Hye, tak habis-habis lagi ke, da puas dah untuk setakat hari ini?” soal gadis berbaju kebaya berkain sutera campur berwarna agak sedikit cokelat itu. “kau hani, hemm…..kalau diberi masa 24jam tambah lagi 24jam pun belum tentu lagi aku puas merenungnya!” jwb wana sambil tersipu malu. “Gatal…!!” sindir hani sambil mengukir senyuman di wajahnya yang berlesung pipit itu. Hani seorang gadis yang comel, mempunyai lesung pipit yang istimewa diwajahnya. Jadi, tak hairan la hampir setiap hari ada sahaja lelaki yang hendak berkenalan dengannya. Cuma dirirnya sahaja yang tak ambil pusing. “Wana, jomlah kita balek ke rumah sewa, on the way balek rumah kite tapau nasik kat kedai che’ wan tu ye? Perut aku da lapar sangat2 ni” pinta hani sambil mengusap-ngusap perutnya yang kosong, mungkin sejak kelas pagi yang pertama perutnya tidak menerima makanan. “yela2, kau ni…asyik makan je kan, badan xnaik pun, macam tiang eletrik jugak?” gurau wana sambel mereka melangkah keluar dari kolej.
Sebelum meninggalkan perkarangan kolej, sempat lagi sempat lagi wana melepaskan ekor matanya kepada jejaka nya itu yang masih lagi bersembang rancak bersama kawan-kawannya.
“Sudah-sudah la tu wana, engkau ni kan, esok kan ada lagi” bentak kawan satu fakulti dengannya itu. Dengan langkah yang agak berat wana cuba melangkah seperti dipaksa berlari sepantas Hussein Bolt meninggalkan kolej balek ke rumah sewanya. Dah hampir setahun setengah dia menetap di rumah sewa itu bersama teman-teman kolejnya, hanya tiga bulan pertama sahaja dia tinggal di asrama kolej, kemudian duduk dirumah sewa bersama rakan-rakan. Mungkin kerana bayaran untuk tinggal di asrama agak mahal berbanding di rumah sewa yang disewa seramai 20 kepala di dalam rumah 2 tingkat yang mempunyai 3 bilek itu. Soal tempat tinggal bukan menjadi perkara besar pada wana, baginya janji bersih dan boleh mengulangkaji pelajaran cukuplah. Susuk tubuh wana dan hani semakin jauh meninggalkan kolej menuju ke rumah kotai mereka.

Sambel mereka menjamu selera diruang tamu meja hadapan, wana bertanya kepada hani “apa pendapat kau tentang budak tu?” soalnya. “Budak mane? lelaki badan macam papan lapis tu?” sindir hani, kali ini wajah wana bertukar serius lalu terus berenti mengunyah nasik laok ikan masak merah itu” Wana memang begitu, bila ada saja yang tidak kena mulalah dia tarik muka seriusnya. Wana tampak cantik sekali sekala bila raut wajahnya serius, dengan warna kulit sawo matang, sesekali memuncungkan bibirnya umpama hendak mencium pipi bayi 2 tahun. Ia kelihatan cantik begitu, mungkin kerana ia memang memiliki wajah yang ayu dan anggun, jadi setiap raut wajahnya kelihatan sempurna sahaja. Fikiran wana terus melayang kepada jejaka idaman nya itu. Memang dia kurus, umpama lalang, tiup ke kiri, kekiri perginya, tiup kekanan, kekanan lah ia.Namun, bukan soal susuk tubuhnya yang menjadi masalah pada wana. Padanya, hati nya sudah betul-betul terpaut dengan wajah kacukan chinese itu.
Sehingga kadang-kala tidak boleh tidur dibuatnya. Aku tetap aku, ini yang aku rasa, jadi tak salah aku melayan perasaan aku. Detik hati wana bersendirian. “Haa, ha’a….btl dia lah yang aku maksudkan” jwb wana dengan nada sedikit serius.”Macam ni la wana, dia memang hensem…kalo difikirkan logik akal, bukan kau sorang je yang meminati dia, ramaila dan lagi satu mesti orang macam dia dah ada teman istimewa, setakat kita yang biasa ni mana dia nk pandang”. Hani memang pandai membuat kesimpulan, mungkin sudah berpengalaman berkenalan dengan banyak lelaki, jd banyak sudah pengalamannya dengan seorang insan yang bergelar lelaki.

Malam itu sebelum wana melabuhkan tirai matanya, dia berfikir sendirian. Apa betul kah kata-kata hani petang sewaktu mereka menjamu selera bersama-sama tadi. Malam ini, sekali lagi dia tidak dapat melenakan matanya, dek kerana terlalu memikirkan kata-kata hani. Jantung nya seumpama diletakkan bom jangka masa, berdegup dengan laju selaju halilintar berdetak dengan kencang seperti dilanda taufan. Hani memang seorang yang berterus terang orangnya, langsung tidak mahu menjaga hati kawan-kawan. Apa yang terlintas difikirannya diluahkan dengan sejujurnya pabila disoal, tanpa berfikir panjang. Aku benci cinta, aku benci terjebak dengan masalah cinta, aku benci dicintai. Itu yang di rasa oleh gadis kelahiran selatan tanahair itu. Tp mengapa aku terjebak dalam keadaan sebegini. Ingatan wana masih lagi segar saat dia menjalinkan hubungan dengan cinta pertama nya tidak lama dahulu.Tp akhirnya mereka terpisah kerana tiada kejujuran dalam percintaan yang terjalin. Fikiran yang kalut dan berkecamuk tadi hilang diawangan kepul awan April. Sendirian wana tertidur tanpa ia sedari. Angin malam terus bertiup sepoi, mengalunkan melodi larut yang tenang dan aman, membuai lena setiap insan di muka bumi ini. Alangkah nikmatnya suasana begini, sebelum siang muncul kembali.

Bersambung . . .

Saturday, August 28, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan




Chapter 1


Cinta mengajarku cara meniti hidup ini . . .

Kadangkala ia datang tidak diduga, kemudian pergi tanpa dipinta

Pahitnya cinta tidak sepahit kopi, Manisnya cinta tidak semanis gula

Namun ku mengerti bahawa kehidupan mesti diteruskan .

Lantas aku masih disini, berdiri diatas satu rasa yang bernama….

CINTA~


“Hey, ya Rabbiii……!!! Xbgn lagi budak ni, ape nk jd ko haa…., tgk jam da tengah hari dah ni, bgn2!!!” bentak suara seorang wanita pertengahan usia itu.

Dengan mata yg diselaputi air mata malam, fathul terkebil-kebil cuba mencelikkan matanya yg maseh lg mahu dipejamkannya itu. Perlahan dia memandang terus ke jendela ”Ya, maseh bernafas lagi ku” detik hatinya.”Arghhhh!!!” laungan suara fathul sejurus die berdiri dari kamar tidurnya. “Nikmatnye menggeliat” terus dia menggapai tualanya yg agak lusuh warna dengan keadaan bau badannya itu.


“Hey fathul, ape nk jd ko ha?....kerja sana berhenti, kerja sini berhenti….ape yang kau nk kerja sebenarnya ni?? Cuba beritahu umi….bebelan ibunya itu mmg sudah biasa didengar fathul sejak dia lahir ke bumi ini, namun fathul buat endah tak endah sahaja pabila uminya itu menggomel……”Ape umi…..abes dah xde rezeki orang kat tempat kerja tu, org berhenti la..ala, rezeki ni kat mana-mana pun ada umi….toksah nak dok risau….” Jwb fathul spontan, sambel menggikat tali lehernya yg dikenakan dengan baju kemeja panjang berwarna purple itu. Baju itu dibelinya pada akhir tahun lepas sewaktu jualan murah hari natal, separuh harga di butik baju kegemarannya G2000. Dengan kemas fathul sudah bersiap menuju ke ruang makan untuk sarapan. “Apela kau ni, org mkn tgh hari..kau baru nk sarapan, org mkn malam kau baru nk mkn tgh hari…haaaa..hari ni kau nk pergi interview kemana pula?” soal ibunya…sambel mengunyah karipap yg dibeli ibunya pagi tadi fathul menjawab “hemmm..xtau lg, tgk dalam The Star semua kerja yang ditawarkan tak menarek je….tgk la..ade satu dua company nk pegi hari ni tgk macam mane” …..”suke kau la fathul..umi xkesah janji kau kerja dari punca yang halal jangan yg haram sudah, lagipun kau berpendidikan belajar sampai kolej, ade sijil diploma semua….pandai-pandai engkau la nak kerja yang macam mana” rintih ibunya.


Terpancar kembali ingatannya pada zaman kolejnya, fathul seorang yg mempunyai ramai kawan dikolejnya, sana sini kenalannya, mungkin kerana sikapnya yang mudah mesra dan mudah membuka mulut. Zaman kolej adalah zaman syurga baginya berbanding zaman sekolah menengahnya…bg fathul, dia lebih sukakan zaman kolejnya dari zaman sekolahnya mungkin kerana dia bersekolah disekolah agama, jadi agak terbatas segala tindak tandukknya yg agak nakal itu. Tp semua tu hanye dibiarkan fathul dalam ingatan sebagai kenang-kenanagan, yang penting hari ini dia mesti mendapat kerja kerana sudah 2 bulan dia dirumah selepas berhenti dari tempat kerja lamanya.

Bunyi lagu Sandarkan Pada Kenangan Nyanyian Raja Pop Terkenal Jamal Abdillah & Siti Sarah memecahkan kotak fikiran Kaizer yg sedang melalut melayan fikirannya. “halo kai! camner hari ni? Ko da siap belum? Lg 5minit aku sampai rumah kau..hari ni kita temuduga di syarikat jualan langsung tu ya..aku dengar gaji yang ditawarkan agak menarek!” panggilan dari fathul kepada kaizer kawan rapatnya sejak dari zaman kolejnya. Dengan tergesa-gesa kaizer bangun dari kerusi yang dia bersandar tadi dan terus ke cermin memperkemaskan rambutnya yang sedikit agak panjang itu.


“Heyyyy….so, kite tros gerak ar ni? soal kaizer, “Ye la, tengah hari dah ni, kita janji kan nak interview selepas lunch hour, kene cepat wehh..lambat karang tak pasal tak dapat kerje…kau nk? aku tak nakkk….” jawab fathul. Dengan pantas fathul memecut kereta kancilnya yang dibelinya sendiri hasil dari kerjanya sebagai salesman kereta tidak lama dahulu. “Ahmad Fathul Farihin”panggil seorang gadis dari sudut hujung sebelah kiri. Gadis itu memanggil fathul ke bilek bos untuk ditemuduga. Dengan wajahnya yang tenang dia melangkah terus ke bilek yg dipinta itu. “Hai, fathul” sapa lelaki berbangsa india yg duduk di kerusi pengurus syarikat itu “ok, we keep it short and simple key, so mane u punye resume? can I have a look please?” Dengan pantas fathul mencapai resume yang sudah dikemaskinikan itu sejak dari semalam. “here sir, have a look” pinta fathul. “ok good, everything is good…plus u have experience before this in sale line, I think should be no problem. So, when can you start to work in this company?” Soal lelaki berbangsa india itu kepada fathul. “Anytime bos” jwb fathul pantas. “Then ok, tomorrow 9a.m in this company” hulur tangan lelaki berbangsa india itu yang menggelarkan dirinya Mr. Ragavien, fathul berjabat tangan dengannya tanda setuju.


Diluar, syarikat jualan langsung itu, tubuh kaizer berdiri tegaksambil menghadap puncak KLCC yang tersergam tinggi dari jangkauan nya itu. “weyhh, kai…camner? Kau dapat tak kerja? “ Dapat kehapenya..dia ckp aku tak ada pengalaman dalam sales line” rungut kaizer, kerna tak dapat bekerja bersama fathul, mungkin tiada rezekinya berkerja besama-sama fathul rakan baiknya itu.

“Kau tengok kai,kau tgk. Boyfriend muke tongkang, tapi awek die...Perghhh tip top wooo” sindir fathul nakal. “Apela kau xbaik le, muke xleh bla mane tahu hati die baik? Hahaaa” gelak mereka….dibucu tangga di taman KLCC sambil melayan air pancutan kolam disitu. ”Aku bukan ape kai, kadang-kadang aku merasakan dunia ni tak adil, kite ni yang ade rupe pompuan sume ni tak nak….yang muke cam tongkang tu jugak la yang die tergiler…….apsal??” luahan hati fathul, mungkin ini rasa yang terpendam yang dirasakan selama ini diluahkan pada temannya kai. Mulut fathul kadangkala agak kasar, tapi dia seorang yang habis dimulut sahaja, jarang dia menyimpan ke dalam hati, baik kata-kata itu keluar dari mulutnya atau dari mulut orang lain, dia tidak pernah mengambil serius, juz take and leave it.


“Oi fathul, berapa jam lagi kau nk lepak cni?” soal kaizer. “Yela, esok aku dah mula bekerja, pukul 9 pagi mesti ada disana daftar diri, jom balek!!” begegas mereka ke parking kereta bawah tanah Suria KLCC. “Haaaaaa…….balek dah, dapat kerje?” belum sempat fathul salin pakaian, ibunya sudah bertanyakan soal kerja. “ok umi, esk mule kerja pukol 9 masuk” “Bgs, esk jgn kau lambat pulak, kau memang kaki lambat” sindir ibunya. Malam itu mereka berbual bual rancak anak beranak dimeja makan dengan diselangi hilai tawa yang memecahkan kedinginan embun pada malam itu.


Bersambung . . .

Friday, August 27, 2010

Falsafah Cinta Dari Mata Hatiku





1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. If you love someone more than anything, Then distance only matters to the mind, not to the heart.

3. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

4. A relationship is like a rose, How long it lasts, no one knows; Love can erase an awful past, Love can be yours, you'll see at last; To feel that love, it makes you sigh, To have it leave, you'd rather die; You hope you've found that special rose, Cause you love and care for the one you chose.

5. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

6. If you are cold at night, let the promise of my love cover you like a warm blanket.

7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Love doesn't just sit there, like a stone, it has to be made, like bread, re-made all the time, made new.

9. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

10. Love is painful that is true not to love is painful too; but there is a greater pain: to love and not be loved again.