THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Saturday, April 30, 2011

Kemana Kau Menghilangkan Diri


Cinta yang datang tidak pernah diundang
Cinta yang diundang tidak pernah menghampiri
Andai itu hukum cinta, aku relakannya
Kerna cinta yg hadir tidak pernah ku undang
dan cinta yg ku undang sukar untuk ku menghampirinya..~

7

Kelibatnya, berbaju sut hitam, berseluar jeans Levi’s biru sahaja sudah menampakkan identitinya sebagai seorang yang memegang nama Fathul. Gaya pakaian bersahaja ala-ala mat rempit membuatkan mata-mata yg melihat sudah dapat mengecam yang dia seorang pelumba haram jalanan. Sorakkan riuh rendah ahli-ahli pelumba motosikal haram sudah cukup menggamit suasana malam yang asalnya sepi dan terkulai. Deruman enjin motor milik Fathul menambahkan lagi bingitnya suasana. Gaya tunggangan bulatan sememangnya biasa dilakukan setibanya di kawasan titik mula perlumbaan. “Heheyy…..dtg juga kau ya jahanamm….” bentak suara Sani muncul dari belakang Fathul. “Aku lewat bukan kerana aku takut, aku lewat kerana aku berdoa moga-moga…kau kalah malam ini” sinis Fathul keras.
Sani memang seorang yg pantang disindir mahupun dimaki, cepat sahaja darah muda nya naik membuak-buak. Pernah satu ketika dahulu, die melanggar seorang wanita gara-gara wanita itu memaki nya “Si Pelesit Jahanam”. Sikapnya tidak pernah berubah malah semakin bertambah. “Malam ni aku bukak, sebelah tangan 3 ratus, sebelah tangan lagi perempuan, kalau kau menang Fathul, semua itu kau punya. Tapi, kalau kau kalah…aku nak kau gadaikan motor kau padaku…faham?” Sani memulakan perjanjian.

Barisan deruman motosikal bersedia mengambil tempat masing-masing, semua nampaknya tidak sabar menunggu lambaian gadis genit melambai-lambai, menandakan bermulanya detik perlumbaan. Sejurus bermulanya perlumbaan, Sani memecut laju seperti jet pejuang.
Fathul mengekori rapat dari belakang, mengintai-ngintai peluang untuk memecut memotong Sani yang sememangnya seperti “pelesit jalanan”. Federal Highway bergegar dek kelajuan motosikal mereka, setibanya diselekoh masuk ke Jalan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Fathul melihat peluang untuk memotong Sani, dengan sekali henjutan Fathul memecut laju motosikal yang ditunggangi Sani. Pecutan diselekoh memang satu kelebihan kepada Fathul, ini yang membuat rakan-rakan nya yang sama-sama berlumba haram dengannya menghormatinya kerana susah untuk menguasai teknik pecutan di selekoh. Sani yang berada dibelakang maseh mengintai peluang untuk memotong kembali. Kurang lebih dari 3km mereka akan sampai ke garisan penamat sekali gus menamatkan perlumbaan malam itu. Sani dan Fathul saling pintas memintas meninggalkan yang lain-lain. Di akhir-akhir perlumbaan semasa Sani mendahului, dari belakang seperti angin taufan, Fathul memintas terus ke garisan penamat. Malam itu kemenangan milik Fathul sepenuhnya, walaupun mereke bersaing berdua secara sengit, tetapi kemenangan tetap milik Fathul. Bunyi enjin yang panas selepas perlumbaan hebat sebentar tadi dimatikan buat seketika. Sani berjalan menghampiri Fathul yang masih lagi meraikan kemenangannya bersama rakan-rakan. “Ape kau rase kau bagus, walaupun aku kalah?” pertanyaan Sani ringkas. “Nah RM 300, nah ‘cikaro kau’!” desak Sani memberi habuan. “Kau ambil ‘bohsia’ kau ni, aku xnak…bg aku duit sahaja, aku berlumba untuk kepuasan diri dan malam ini untuk menyahut cabaran bodoh kau sahaja” jawab Fathul sinis.

Tepat jam 5.45 pagi sewaktu azan Subuh berkumandang, Fathul tiba dirumahnya. Tanpa menghiraukan laungan yang keluar dari corong pembesar suara masjid itu dia terus ke kamar bilik tidurnya. Selangkah tapak lagi tiba di pintu kamar biliknya, ibunya yang baru keluar dari mengambil whudu’ menegurnya. “Eh …Eh…kau nak kemana ni?? Keluar pagi balek pagi, keluar malam balek malam?? dengan badan berbau rokok! Kau hisap rokok ye??” Desus mak Fathul marah. “Alaaa…bebel la org tue nii…mane ade org isap rokok laa….ni bau asap rokok kawan-kawan la ni melekat kat baju…da la da la….org penat nak tdo” bentak Fathul melawan ibunya. Hakikatnya Fathul sudah mula menghisap rokok sejak umur nya belasan tahun lagi. Masih segar dalam ingatan Fathul, sewaktu berada didalam tingkatan 3, selepas selesai solat jumaat beramai-ramai di masjid mereka perlu menghadiri usrah disekolah, tetapi Fathul dan beberapa kawannya tidak sampai ke sekolah dan pergi ke belakang anak sungai sekolah menghisap rokok di bawah jambatan.Mungkin sekarang ini salahnya kerana terpengaruh dengan kawan-kawan sebayanya untuk belajar menghisap rokok sewaktu sekolah lg. BooMM~!!, pintu biliknya dihempas kuat. Ibunya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dan berdoa moga-moga anaknya dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik.

Pagi Ahad yang indah, sinar cahaya pagi yang amat menyegarkan, membuat setiap tarikan nafas ke liang rongga menjadi segar dan ceria. Jam loceng Fathul yang di ‘set’ dari pukul 8.00 pagi sudah berdering-dering tidak henti-henti sehingga 8.30 pagi, namun Fathul maseh lagi tidak sedar dari lena diulit mimpi-mimpi. Hingga satu bunyi yang membuatkannya terus tersentak dari mimpi nya. Handphone miliknya berdering memutarkan lagu Lenka “trouble is a friends” berbunyi, terus Fathul bangkit dari lamunan. “Ya hellow, hemm hemmm ok2. On the way, tgh siap2 ni” ringkas fathul menjawab panggilan dari Wana gadis yang meminatnya bagai nak ‘gila’. Rancangan mereka untuk ke Taman Tasek Perdana berjogging dan beriadah di pagi hari nampaknya bermula agak lewat sedikit dari perancangan awal. Sepatut nya mereka pukul 8.00 pagi lagi mereka sudah berada di Taman Tasik Perdana tapi pukul 8.30 pagi fathul maseh terkial-kial baru bangkit dari tidur, berbanding dengan Wana yang sudah siap sejak dari selepas subuh tadi. Wana melihat, setiap detik, setiap saat pergerakkan jarum jam tangannya, Wana seorang yang agak menghormati waktu, sewaktu ke kelas sekalipun, dia antara pelajar yang awal dating ke kelas. Bagi nya datang ke awal memberikannya masa untuk menyediakan dan menyiapakn diri sebelum memulakan sesuatu perkara. Berbeza dengan Fathul yang seorang tidak menepati waktu nya. Walaupun ke kelas atau pun apa jua hal sekali pun mukanya sahaja yang akan lewat hadir.

Begegas mencapai kunci motornya, Fathul melompat laju ke atas motosikalnya dan terus meledakkan enjin motosikalnya meninggalkan laman rumah yang masih sunyi. Sejurus sampai di rumah Wana, Fathul menghantar system pesanan ringkas SMS ‘saye dah sampai. Sorry late ’. Tidak lama kemudian nampak lenggok tubuh Wana yang runcing keluar dari pintu rumah yang disewa oleh 6 orang pelajar perempuan. “Ye, En. Ahmad Fathul Farihin, sekarang pukul berape ye?” pertanyaan Wana sambel mengutus senyuman manje, walaupun hati di dalam sabar melayani kerenah Fathul yang tidak menepati waktu. “Ye2, saya mintak maaf banyak2…, dah jumm..kite begerak sekarang….ok lg ni..belom tgh hari..” jawab Fathul ringkas.

Kicauan burung dan tiupan sepoi-sepoi angin menemami senaman pagi Ahad pasangan ini. Mereka berlari-lari anak mengikuti trek jogging yang disediakan di taman itu. Sekali sekala terdengar tawa riang mereka berselang dgn siulan burung. Suasana ini amat bahagia dirasakan bagi pasangan yang baru mula berkenalan antara satu sama lain. Di pertengahan jalan, setibanya di kawasan tasik, mereka duduk berehat di serambi yang dihias indah dengan bunga-bunga hutan. “hemm..Fathul, kalau saya tanye pada awak satu perkara, awak marah tak…” izin Wana. “Tanyalah, kalau boleh saya jawab saya, jawab la, kalau xbole jawab saya diam lah” senyum Fathul kecil. “Awak pernah bercinta tak?” muke Wana serius mengajukan soalan. Tersedak fathul yang sedang menogok air mineral yang dibelinya tadi semasa sarapan sebelum mula berjogging. “Cinta…cinta…cinta…hemmm” desus Fathul. “Tak lama dahulu, saya pernah meminati seorang gadis kolej, wajahnya cantik, puteh berseri, saya suka melihatnya walaupun dari sudut pandangan jauh sekalipun. Selepas kelas saya tidak sabar-sabar berlari ke kantin kolej untuk melihat dia makan tengah hari. Pernah satu ketika, saya masuk pertandingan nyanyian yang di anjurkan pihak kolej, kebetulan pada masa itu dia ditugaskan untuk mengendalikan pertandingan itu. Bermula dari situ kami berkenalan mesra. Hari demi hari kian mesra, sehinggakan pada suatu hari saya menyampaikan hasrat hati saya untuk menjadikan ikatan kami lebeyh serius. Namun, jawapan yang diberi amat mengecewakan saya. Sue! hampa….hatinya sudah dimilikki terlebeyh dulu oleh si kumbang sebelum kehadiran saya, namun apakan daya saya bertepuk sebelah tangan, semenjak itu hati saya maseh lagi belum menemui cinta baru hingga ke hari ini” cerita Fathul penuh emosi. Suasana yang cukup manis tadi bertukar sepi seketika, Wana hanya membisu tanpa bicara, di dalam fikirannya Fathul hanya seorang jejaka yang mengharapkan cinta yang tulus dari seorang wanita yang masih belum berpunya. “hey senyumlah si cantik manis, jgn bermurung begini, cinta memang nya begini kan… cinta yg hadir tidak pernah diundang dan cinta yg diundang sukar untuk dihampiri..” bicara Fathul sambil mengusap-usap kepala Wana comel.

Sedar tidak sedar hari sudah tengah hari, mereka bergegas pulang meninggalkan Taman Tasik Perdana yang menjadi saksi cerita cinta silam Fathul.. ~


Bersambung…