THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Wednesday, September 15, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan




Pelangi merembeskan tujuh warna,
Cinta merembeskan satu rasa,
Andai cinta menjadi pelangi,
Pelangi akan lebih berseri,
Andai pelangi menjadi cinta,
Kelak malap seluruh rasa,
Begitu agungnya cinta,
Seagung tujuh warna dalam satu rasa yang berbeza

4
Sedar tak sedar, dah dua bulan aku bekerja disini. “hemm” keluhannya lesu. Masuk awal pagi, pulang lewat malam. Orang lain, cukop bulan terima gaji, aku cukup bulan garu kepala.
Janji gaji beribu, tapi ratus pun belum tentu. “Hidup-hidup, hidup ni memang macam-macam hal” keluh Fathul lesu, lantas tangan kirinya segera mencapai telefon bimibit Sony Ericsson “T715” nya. Pantas jari jemarinya menaip butir-butir huruf pada telefon itu. Fathul menghantar pesanan ringkas SMS pada sahabat baiknya Kaizer, “hey, kau abes kerja pukul berapa? soalnya kepada Kai. Kaizer kini bekerja sementara sebagai jurujual gedung pasaraya terbesar di tengah ibukota selepas gagal melepasi kelayakan interview bersama Fathul dua bulan yang lepas. Tapi kini Kaizer pula yg jauh lebih mewah berbanding Fathul. Muzik Techno ‘Satisfaction’ mengejutkan lamunan Fathul dari pergi lebih jauh. “aku dah nk balek, kau tunggu aku kat depan pasaraya ok” jawab Kaizer ringkas. Dengan segera fathul bgn melangkah laju menuju ke tempat kazer bekerja. Kaizer bekerja hanya bersebelahan sahaja dari tempat fathul berkerja. Kali ini agak laju Fathul berjalan dari biasa, mungkin ade hal yang penting sangat yang ingin diberitahukan pada kaizer. Jantungnya pun berdegup kencang dengan riak wajah yang tidak berapa puas. Ya! seperti hendak bertumbok gamaknya.

Langkah Kaizer longlai menuju ke pintu keluar gedung pasaraya yang besar itu, mungkin hari ini dia terpaksa bekerja lebih masa untuk mengejar mendapat insentif O.T. “Haa, kenapa dengan kau ni Fathul? dah….mesti ade something yang penting kau tak puas hati kan? mari kita ke kedai mamak minum-minum dulu.” Kaizer faham benar akan perangai Fathul, tambahan pula tempat kesukaan Fathul melepak adalah mamak! “Kai, aku dah tak tahan la nk bekerja lagi, gaji seminggu sekali, itu pun dia bayar aku seminggu seratus, mana nak cukop? kreta aku je dah berapa, kerja dah la teruk…direct selling!! ketuk semua pintu rumah orang, pintu syarikat orang, kalau dibayar gaji tinggi aku sanggup dan tak kisah la…ini tidak, bayar bangla pun lagi mahal!” fathul merintih hiba. “Macam ni la fathul, aku rasa kau berhenti sahaja dari tempat tu, aku ada dengar dari kawan –kawan aku kata tempat kau bekerja tu Syarikat menipu pekerja, kau lupakan sahaja la dari berkhidmat disana.” jawab Kaizer ringkas. Fathul menunduk mempertimbangkan cadangan sahabat baiknya itu, “Tapi sekarang Kai, aku ada satu masalah besar…kereta aku dah dua bulan tertunggak! Manager di tempat aku bekerja dah berjanji nak bg aku advance!” “Sudah la Fathul mereka memang begitu, pandai berjanji dari memberi, sekarang ni kau pakai la duit aku dahulu, bayar sebulan dahulu kereta kau, bila-bila kau ada duit kau bayar lah ya….Esok, kau pergi cari kerja lain ok geng!” Kaizer memberi nafas kepada Fathul. Sambel bersedey, Fathul senyum terharu dengan sifat kawannya yang betul membantu nya ketika susah begini. Dua gelas teh tarik habis diminum mereka, mungkin dahaga barangkali. Malam itu mereka balik sekali bersama, seperti biasa Fathul menghantar Kaizer balik ke rumah dengan kereta yang dua bulan tertunggak itu.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu melalui sebatang jalan yang suatu ketika dahulu amat biasa dilalui Fathul. “Kau pandang kiri wei, kau ingat lagi tak Kolej ni? kolej kita ni..macam2 cerita dari sini ya kita lalui terutama kau” herdik Kaizer. Agak bisa kenyataan sahabatnya itu, namun diredakan seketika dengan menelan air liurnya sahaja. “Ya, disini lah kisah cintaku bermula”. Aku cinta padanya, aku mahu dirinya, aku ikhlas dengan nya namun….akhirnya aku dikecewa.

“Wana” seorang gadis manis, tinggi, mempunyai bentuk badan yang menarik dan juga menggoda. Gadis itu pernah memiliki hatiku, gadis itu jua pernah menghancurkan hatiku.
Aku pernah lupa akan dunia kerna mabuk dalam lautan cinta, mabuk dalam janji asmara, mabuk dalam keghairahan perasaan. “Hani…!” dengan tegas Wana menyeru nama kawannya itu, “ kau mesti tolong aku hari ini Hani” sergahnya. “Kau satu aliran dengan nya bukan? kamu sama2 mengambil kos Pengurusan Perniagaan bukan?” soal Wana, “Ya, jadi?” jwb hani dengan dahi yg berkerut, menampakkan nya jauh lebih tua dari usia sebenar pabila melakukan riak wajah begitu. “Esok, kau ade paper Business Math kan?, kau kelas sama2 dengannya kan? jadi masa exam pun sama2 la kan?, ok…jadi aku mahu esok kau sampaikan pesan aku padanya boleh?” kali ini muka nya serius menampakkam betul bersungguh. “ok, so? apa pesannya?” dengan tenang hani meminta tugasannya. “katakan padanya budak dari kos Sastera ingin berkenalan dengan nya, kalau boleh berikan nombor telefon bimbit aku ok? dan jangan lupa kirim salam dengannya” sambil mengucupkan senyuman malu. Kali ini dia nekad,tidak mahu lagi memandang dari jauh, umpama hendak menunggu buah yang tidak gugur rasanya.

Dia mengecilkan-ngecilkan bola matanya sambel melihat butir-butir tulisan yang halus pada helai -helain kertas yang bertampal pada papan kenyataan itu. Jadual exam kali ini agak susah, jarak masa dari satu waktu exam ke satu waktu exam berdekatan, tida masa baginya mahu membuat “revision”. Tiba-tiba dari belakang terdengar suara halus yang menyeru namanya “Awak, ohh awakk” terus Fathul mengalihkan pandangannya kebelakang. Suasana sepi seketika, dua mata bertentangan mata. Mereka tergamam sambil saling berpandangan, “Ya, kenapa..” sahut Fathul ringkas. “Awak kenal saya?” Tanya, gadis bertudung sopan itu, “Mungkin awak tidak berapa nak perasan saya, kerana kebiasaannya awak antara orang yang terakhir masuk kedalam kelas dan terus duduk dikerusi hadapan” sambil mengukir senyuman. “Ya, saya tau mana-mana kelas saya pun saya akan datang dengan lambat dan tergesa-gesa mengambil tempat duduk, sebab tu saya tidak berapa nk ambil pusing atau melihat keadaan awek2 dalam kelas.” alasan Fathul, yang dirsakannya cukup untuk membuatkan gadis yang menegur nya itu faham. Fathul memang seorang yang lambat dan tidak menepati masa menghadiri kuliahnya, oleh kerana itu ramai mengenalinya dengan seorang budak yang lambat masuk ke kelas.Memang tabiat dah sebati didalam dirinya sejak zaman persekolahan menengahnya lagi.Bila menjadi tabiat susah untuknya mengubah keadaan itu, jadi hingga ke zaman university dia masih terbawa-bawa sikap buruknya itu. . “Begini, nama saya Suhani Nadzeera, awak bole panggil saya Hani, saya bukan nk berkenalan dengan awak, jangan salah faham ok. Saya datang dengan membawa pesan, kawan saya dari Kos Sastera ingin berkenalan dengan awak.” Hani terus menyampaikan pesan tanpa membuang masa kerana jam 4 petang semakin menghampiri dan dia ada paper Marketing sebentar lagi…!

“Kawan awak?, Kos Sastera?’ soal Fathul janggal. Seingatnya dia tiada kawan perempuan yang mengambil Kos Sastera, tambahan pula dia kurang berkawan dengan perempuan di kolej itu. “Ya, kawan saya, lama sudah dia meminati awak, Cuma malu sahaja mahu menyatakan dengan awak, tidak mengapa, dia pesan supaya meningalkan nombor telefon pada awak, nah ambillah” Hani memberikan cebisan kecil kertas pada tangan Fathul. Keberatan fathul mengambil cebisan kertas itu. “jangan lupa sms ya, saya kena bergerak dahulu kerana saya ada exam sebentar lagi, ok, Fathul Thanks Bye2” keadaan itu berlaku bagaikan iklan didalam television, Cuma beberapa minit sahaja, dengan beribu soalan yang bermain di fikiran Fathul.

Keletihan Fathul melonglaikan tubuh kurusnya diatas tilam nipis miliknya sejak 10 tahun lepas itu. Dengan cuma berseluar pendek Fathul tersentak. Tiba-tiba dia teringat kes pagi tadi sewaktu dia melihat jadual peperiksaan di papan kenyataan. “Ahaa….cebisan kertas!” pantas Fathul bangun dan mencari seluar yang dipakai ke kolej tadi pagi. Pada saku sebelah kanan masih tersimpan cebisan kertas itu yang sudah hampir hancur basah. “0172434509@Wana” tulisan yang tercatit disebalik lipatan cebisan kertas itu.
Pemikiran Fathul jauh melayang, haruskah aku bermain dengan persaan mu yang terpendam padaku, haruskah aku telefon nombor ini atau buangkannya sahaja? tak salah mengenali orang, beri peluang padanya mengenali diriku, mungkin pada pandangan matanya dia teringin benar mengenali diriku, tapi pada diriku, aku sahaja yang tahu aku tidak sesempurna mana.

Bulan peperiksaan berlangsung dengan tenang, warga university sibuk pada bulan ini. Tapi bagi diri Fathul ada juga yang sebok hendak berkenalan. Ah, aku esok exam math, malam ni aku mesti “All Out”!. Rintik-rintik hujan menemamani malam, Fathul sedang tekun menumpukan pada soalan-soalan peperiksaan semester lepas. Jari jemarinya pantas menekan-nekan kalkulator Casio miliknya yang dibeli sewaktu Tingkatan Tiga itu. Sekali-sekala die mengerut kecil, sekali-sekala juga dia mengurut-ngurut dahi nya, mungkin agak pusing memikirkan penyelesaian soalan itu, maklum sahajalah, Fathul seorang yang tidak mengemari matematik dalam hidupnya, sejak dari sekolah rendah lagi dia tidak menunjukkan minat dalam matamatik. Dalam kos yang diambil disini, subjek math adalah wajib, tiada pilihan baginya. Mahu tidak mahu terpaksa juga belajar mencintai matematik. Malam itu Fathul tidur agak lewat, jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, namum Fathul masih lagi dalam perangkap soalan-soalan buku latihan itu, “Cukuplah, sudah hampir separuh buku aku dah buat, “tawakkal” sahajalah esok” Fathul berserah. Dia mengemas perkakas dan keperluan exam esok dengan rapi dan teratur, takut kalau-kalau ada yang tertingal.

Tiba-tiba, telefon bimbit nya terjatuh daripada beg kuliahnya, “Ahh jatuh pulakk” bentaknya. “Handphone??” soal hati kecilnya. Dengan secara tidak semena-mena, dia teringatkan kembali nombor telefon itu. “Apakahh semua ini Ya Tuhan ku??, berikanlah aku petunjuk dan hidayahmu Ya Allah!!!” mohon Fathul pada yang kuasa.

Bersambung~

Tuesday, September 14, 2010

Balek Raya Di Singapura (ole2 utk korg)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN PADA SEMUA KAWAN2 WALAU DIMANA KAMU BERADA, DI KESEMPATAN INI SAYA DENGAN SEIKHLAS HATI HENDAK MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI TERLANJUR BICARA, TERLANJUR PERLAKUAN, DAN TERCALARKAN HATI KAWAN2 SEMUA ANDAI ADA. SESUNGGUHNYA YANG BURUK ITU DATANG DARI SAYA DAN YANG BAIK ITU DATANG DARI NYA YG MAHA KUASA. SELAMAT HARI RAYA 2010, MAAF ZAHIR DAN BATIN....!!!

DIKESEMPATAN INI JUGA SAYA INGIN MENYAMPAIKAN PESANAN BAHAWA CERITA NOVEL SAYA DITANGGUHKAN SEKETIKA KERANA MEMBERI LALUAN KEPADA KEMERIAHAN HARI RAYA, MAKA DENGAN ITU SAYA GANTIKAN CERITA NOVEL SAYA DENGAN SEDIKIT OLE2 YANG SAYA BAWAKAN KHAS UNTUK KAWAN2 SEMUA =)






























This is one of the sweet memories in 2010......=)
for further information can FB me, juz search afad vic...tq!

Wednesday, September 1, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan



Chapter 3

Adakah ini harus ku tempuhi,
Pastikah ia akan menjadi milikku,
Mungkinkah cinta ku padanya untuk selamanya,
Mengapa harus terjerat dalam perangkap cinta,
Andai cinta gurauan untuk apa tangisan . . .

3
Pantas lengan tangannya mencatat segala nota-nota yang tercatit di “whiteboard” itu. Segala formula berkenaan subjek finance dicatatnya untuk rujukan semasa mengulangkaji pada sebelah malam. Telinganya mendengar dengan teliti setiap apa yang pensyarah terangkan dihadapan sambil menulis nota nya itu. Dia memang seorang yang menumpukan perhatian di dalam kelas. Cita-cita nya hanya satu buat masa ini, hanya barjaya di dalam pelajaran. Lantas, setiap kelas yang dia hadir, tidak pernah di sia-siakannya. Sudah 3 semester ia menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara, Cawangan Arau. Setiap semester tidak mengecewakannya, hampir semua subjek cemerlang setiap sem. Mungkin ini la hasil dari kesungguhannya dalam pelajaran.

“Eshika…..!!!” sapa rakan sebiliknya Reyna, “are you okey?” Tanya Reyna risau. “don’t, know” jwb Eshika pendek. Reyna dapat menjangkakan sesuatu yang mebuat rakan sebiliknya bermuram durja. Sejak akhir2 ini, Eshika berkelakuan pelik, selalu termenung, moody, dan kadang-kadang mengalirkan air mata sorang-sorang. Memang jelas, mesti tiada orang lain yang mebuat dia berkelakuan sebegitu rupa. Abg angkatnya Sham! . Sham memutuskan menjadikan Eshika sebagai adik angkat dua tahun yang lalu, tetapi berubah menjadi pasangan kekasih pada setahun yang lalu. Enam bulan pertama menjadi pasangan kekasih mereka bahagia, tetapi sejak kebelakangan ini semua berubah. Hubungan mereka tidak semesra dahulu.

“Aku tiada tempat untuk mengadu masalah aku, jadi sudikah kau mendengar segala luahan aku Reyna?” pinta Eshika dengan nada simpati. Setelah diperhatikan sekian lama oleh Eshika , Sham rupa-rupanya seorang yang tidak setia pada cinta seorang gadis, dia bagaikan tidak cukup dengan cinta yang diberikan oleh seorang insan yang bernama gadis. Sham menduakan cinta Eshika tanpa disedari. Mulanya eshika tidak percaya dengan apa yang dibaca di dalam telefon bimbit Sham sewaktu Sham tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta kepunyaan Eshika. Sebaris ayat yang tercatit “Sayang, i tak boleh tidur malam ni kalau xdapat mendengar suaramu sham sayang”. Tak sudah dengan mesej yang mencurigakan di dalam telefon bimbit Sham, Eshika pernah terserempak Sham berpegangan tangan dengan seorang gadis yang agak seksi. Mereka begitu mesra, sambil berpelukan tanpa rasa segan silu dihadapan tempat awan di sebuah kompleks di Pekan Arau. Namun, semua itu dipendamkan sahaja di dalam hati Eshika sebagai rahsia peribadi, entah bila ia nya akan meletus seperti letusan gunung berapi di Sumatera barat yang mengalirkan cecair larva yang sangat panas sehingga boleh membunuh nyawa setiap manusia.

“Aku tak tahu Reyna, aku geram dengannya, tapi pada waktu yang sama, aku sayang padanya, Cuma kali ini sayangku tidak setebal dahulu” rintih gadis yang mempunyai rupa kacukan belanda itu, Eshika seorang gadis kacukan melayu belanda, dimana ibunya berasal dari Belanda manakala bapanya melayu. Dia seorang gadis yang sangat hampir sempurna dimata setiap hampir lelaki. Memiliki susuk tubuh yang menawan, cantik bagai bidadari syurga, tapi masih lagi dkhianati cinta. “Ikut kata hatimu Eshika” jawab reyna ringkas.

Langkahnya dipanjangkan sedayanya, dirinya bergerak pantas macam dikejar hantu raya. Sejurus tiba di Jalan Guar Jentek, Eshika terus menuju ke dalam Taman Anggur. Di bangku hujung taman, seorang lelaki duduk sambil mendonggak buah-buah anggur “Isabella” yang tumbuh merata di atas kepala nya. Tangannya memetik satu per satu buah itu lalu memasukkan sebijik demi sebijik di dalam mulutnya. Buah anggur di Taman Anggur di Perlis memang segar semuanya, malah dari segi kelazatan dan kemanisan nya setanding buahnya daripada yang diimport dari Sepanyol, Italy mahupun Perancis. Jadi tidak hairan la kalau disini menjadi tempat utama tarikan pelancong dari seluruh dunia ke Malaysia.


Eshika melabuhkan punggungnya di bangku sebelah Sham. Angin petang sepoi-sepoi bahasa tidak putus-putus bertiup dingin. Rambut Eshika yang agak sedikit perang sesekali dikemaskan dari menutup matanya. “Yes, honey….ade sebab ape yang terburu buru nak jumpe abang hari ini….hujung minggu tak boleh kah, hari ini kan honey ade kelas” sapa, Sham dengan nada manja. “Nope, I datang ke mari nak beritahu satu perkara yang mustahak, I nak kite clash” dengan nada tenang, walaupun hatinya di dalam meronta-ronta menangis, tapi dari pandangan zahir, wajahnya begitu tenang sekali. Raut wajah Sham berubah.

Sham melemparkan pandangan ke ceruk sudut kawasan tapak semaian anggur, ekor mata nya sesekali liar mengerling gadis ayu itu. Suasana yg penuh dengan kerancakkan siulan burung itu td bertukar suram. Terpaku seribu bahasa dua insan yg duduk dibawah pokok anggur jenis “Black Muscat”. “Hemm” dengusan nafas Sham. “Okey, if u said so…wut else I can do..nothing much” seolah mengiyakan saja keputusan Eshika. “So, sekarang ni u nk I bagi explaination ke?” kali ani agak keras nada suara Sham pada Eshika. “Yupp!” jawab Eshika pantas. “Baiklah, Eshika Batrisya Bte Safwan Danish…sebenarnye, I mmg memperduekan u, coz I rase jiwa I x hepi dgn u…bosan, boring…u ni stereotype! Puass?? bentak Sham tegas.

“ Tp kenapa Sham? kenapa baru sekarang kau luahkan nya??, kau ingat aku apa Sham, apaa??? Aku mencintai kau dengan setulus jiwa, tapi ini harga yg kau bayar padaku? Aku menyesal Sham..menyesal kenal dengan jantan yang tak tahu harga sebuah cinta macam kau!!! Seribu satu pertanyaan keluar dari mulut Eshika satu per satu. Masih segar dari ingatannya, pada mula-mula mereka kenal, Sham seorang yg “caring”, ‘jujur” dan sangat “setia”. Rasanya bak kata orang, pijak semut pun x mati, begitulah Sham seadanya. Manusia berubah, tapi kini...ketika ini….hari ini….saat ini….Sham melafazkan kata-kata yang x sepatut nya dilafazkan.

Senja merah melabuhkan tirainya diufuk timur ladang anggur, pertemuan untuk kali yang terakhir juga tamat diantara pasangan uda dan dara yang tidak lama dulu sangat “romantic”.
Senja kali ini tiada makna lagi buat Eshika, tidak seperti sebelum-sebelumnya. Tiap kali senja melabuhkan tirainya, Eshika dan Sham pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat saat –saat indah itu sambel mengukir senyuman mesra. Baginya waktu itulah saat yang paling manis buat mereka. Namun kini semuanya musnah, hancur, berakhir dan punah ditelan senja nan merah. Mungkin malam akan menelan setiap kenangan itu dengan perlahan-lahan.

“BooOOMM!!!” bunyi pintu, sekuat hati dihempaskan. “Hey, kau ni dah kenape??!!
Salam xde ape xde tau-tau nk hempas-hempas pintu pula, gila ke?? jerit Reyna.
Linangan air mata seorang gadis yg bertakung dikelopak matanya diselangi dengan air mata yang mengalir di alis pipinya cukop untuk Reyna meneka apa sebenarnya yang berlaku.
“Eshika, sabarlah, itu je yang aku mampu ucapkan saat ni….” sambel meyapu belakang Eshika. “U juz iamagine la Reyna…aku kenal die bukan baru minggu lepas. dah hampir 3 tahun kami menjalin ikatan….2 tahun jantan tu jadik abang angkat aku setahun kami kapel, tergamak die buat sume ni keatas aku??!!!” soal nya pada Reyna rakan sebiliknya sambel teresak menanges. “ Ya, aku faham…tapi lelaki memang x pernah cukop kan dengan apa yg mereka ada…?? kau ingat tu. Sekarang macam ni la, perkara dah lepas, dan dah berlaku pun. Mulai esok aku suggest kau fokuskan la pada ruang pelajaran kau, exam mid term lagi 2 minggu…aku teman kau belajar okeyy? aku tau..mmg susah kau nk lakukan sume tu dgn keadaan kau yang macam ni..tp aku percaya kau kuat, kau boleh harungi okeyy!!!. kata-kata semangat yg diberikan oleh Reyna membuatkan Eshika tersentak seketika, maseh tergiang-ngiang suara ibunya memesan semasa hari pertama dia mendaftarkan diri di Universiti ini. “Kau jgn lupa ya, dtg kemari mahu berlajar, bkn mencari cinta…ingat tu..” pantas Eshika menyapu air matanya yg mengalir jerneh. “Okey Reyna, mulai esok aku akan tetapkan focus aku! aku xkan hampakan hasrat dan harapan kedua ibu bapa ku yg meletakkan harapan tinggi keatas ku!!!” Eshika berazam tegas. “Ni, baru betul Eshika Batrisya yang aku kenal, xmudah mengalah pade seorang lelaki….hahaa….dah dah…sapukan bersih2 air mata mu gadis comel” gurau Reyna. “Sekarang ni kau pergi bersiap-siap, jom ikot aku pergi makan sekejap, aku belanja biar kau happy” tegas Reyna menyuruh Eshika bersiap untuk ke kedai makan malam.

Satu lagi episod percintaan yg musnah hancur bersama seribu harapan. Gadis yang mempunyai niat ikhlas dan suci disalibkan dengan harapan palsu seorang lelaki. Beginikah akhirnya cinta sejati? Mengapa cinta sejati diperlakukan begini? Malam ini janggal ku rasakan, sendiri melalui detik yang pedih…perit sekali. Pertama kali bagi ku, hitung bintang seorang diri, dan pertama kali jua, maruah ini dipersenda. Oleh insan yang ku cinta, oleh insan yang ku sayang, Kini Bermusuhan. Lelangit hitam menghembuskan angin suram pada tubuh Eshika. Malam itu dia lelap dengan linangan air mata pasrah. Mungkin ada esok untuknya~


Bersambung~