THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Wednesday, September 1, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan



Chapter 3

Adakah ini harus ku tempuhi,
Pastikah ia akan menjadi milikku,
Mungkinkah cinta ku padanya untuk selamanya,
Mengapa harus terjerat dalam perangkap cinta,
Andai cinta gurauan untuk apa tangisan . . .

3
Pantas lengan tangannya mencatat segala nota-nota yang tercatit di “whiteboard” itu. Segala formula berkenaan subjek finance dicatatnya untuk rujukan semasa mengulangkaji pada sebelah malam. Telinganya mendengar dengan teliti setiap apa yang pensyarah terangkan dihadapan sambil menulis nota nya itu. Dia memang seorang yang menumpukan perhatian di dalam kelas. Cita-cita nya hanya satu buat masa ini, hanya barjaya di dalam pelajaran. Lantas, setiap kelas yang dia hadir, tidak pernah di sia-siakannya. Sudah 3 semester ia menimba ilmu di Universiti Teknologi Mara, Cawangan Arau. Setiap semester tidak mengecewakannya, hampir semua subjek cemerlang setiap sem. Mungkin ini la hasil dari kesungguhannya dalam pelajaran.

“Eshika…..!!!” sapa rakan sebiliknya Reyna, “are you okey?” Tanya Reyna risau. “don’t, know” jwb Eshika pendek. Reyna dapat menjangkakan sesuatu yang mebuat rakan sebiliknya bermuram durja. Sejak akhir2 ini, Eshika berkelakuan pelik, selalu termenung, moody, dan kadang-kadang mengalirkan air mata sorang-sorang. Memang jelas, mesti tiada orang lain yang mebuat dia berkelakuan sebegitu rupa. Abg angkatnya Sham! . Sham memutuskan menjadikan Eshika sebagai adik angkat dua tahun yang lalu, tetapi berubah menjadi pasangan kekasih pada setahun yang lalu. Enam bulan pertama menjadi pasangan kekasih mereka bahagia, tetapi sejak kebelakangan ini semua berubah. Hubungan mereka tidak semesra dahulu.

“Aku tiada tempat untuk mengadu masalah aku, jadi sudikah kau mendengar segala luahan aku Reyna?” pinta Eshika dengan nada simpati. Setelah diperhatikan sekian lama oleh Eshika , Sham rupa-rupanya seorang yang tidak setia pada cinta seorang gadis, dia bagaikan tidak cukup dengan cinta yang diberikan oleh seorang insan yang bernama gadis. Sham menduakan cinta Eshika tanpa disedari. Mulanya eshika tidak percaya dengan apa yang dibaca di dalam telefon bimbit Sham sewaktu Sham tertinggal telefon bimbitnya di dalam kereta kepunyaan Eshika. Sebaris ayat yang tercatit “Sayang, i tak boleh tidur malam ni kalau xdapat mendengar suaramu sham sayang”. Tak sudah dengan mesej yang mencurigakan di dalam telefon bimbit Sham, Eshika pernah terserempak Sham berpegangan tangan dengan seorang gadis yang agak seksi. Mereka begitu mesra, sambil berpelukan tanpa rasa segan silu dihadapan tempat awan di sebuah kompleks di Pekan Arau. Namun, semua itu dipendamkan sahaja di dalam hati Eshika sebagai rahsia peribadi, entah bila ia nya akan meletus seperti letusan gunung berapi di Sumatera barat yang mengalirkan cecair larva yang sangat panas sehingga boleh membunuh nyawa setiap manusia.

“Aku tak tahu Reyna, aku geram dengannya, tapi pada waktu yang sama, aku sayang padanya, Cuma kali ini sayangku tidak setebal dahulu” rintih gadis yang mempunyai rupa kacukan belanda itu, Eshika seorang gadis kacukan melayu belanda, dimana ibunya berasal dari Belanda manakala bapanya melayu. Dia seorang gadis yang sangat hampir sempurna dimata setiap hampir lelaki. Memiliki susuk tubuh yang menawan, cantik bagai bidadari syurga, tapi masih lagi dkhianati cinta. “Ikut kata hatimu Eshika” jawab reyna ringkas.

Langkahnya dipanjangkan sedayanya, dirinya bergerak pantas macam dikejar hantu raya. Sejurus tiba di Jalan Guar Jentek, Eshika terus menuju ke dalam Taman Anggur. Di bangku hujung taman, seorang lelaki duduk sambil mendonggak buah-buah anggur “Isabella” yang tumbuh merata di atas kepala nya. Tangannya memetik satu per satu buah itu lalu memasukkan sebijik demi sebijik di dalam mulutnya. Buah anggur di Taman Anggur di Perlis memang segar semuanya, malah dari segi kelazatan dan kemanisan nya setanding buahnya daripada yang diimport dari Sepanyol, Italy mahupun Perancis. Jadi tidak hairan la kalau disini menjadi tempat utama tarikan pelancong dari seluruh dunia ke Malaysia.


Eshika melabuhkan punggungnya di bangku sebelah Sham. Angin petang sepoi-sepoi bahasa tidak putus-putus bertiup dingin. Rambut Eshika yang agak sedikit perang sesekali dikemaskan dari menutup matanya. “Yes, honey….ade sebab ape yang terburu buru nak jumpe abang hari ini….hujung minggu tak boleh kah, hari ini kan honey ade kelas” sapa, Sham dengan nada manja. “Nope, I datang ke mari nak beritahu satu perkara yang mustahak, I nak kite clash” dengan nada tenang, walaupun hatinya di dalam meronta-ronta menangis, tapi dari pandangan zahir, wajahnya begitu tenang sekali. Raut wajah Sham berubah.

Sham melemparkan pandangan ke ceruk sudut kawasan tapak semaian anggur, ekor mata nya sesekali liar mengerling gadis ayu itu. Suasana yg penuh dengan kerancakkan siulan burung itu td bertukar suram. Terpaku seribu bahasa dua insan yg duduk dibawah pokok anggur jenis “Black Muscat”. “Hemm” dengusan nafas Sham. “Okey, if u said so…wut else I can do..nothing much” seolah mengiyakan saja keputusan Eshika. “So, sekarang ni u nk I bagi explaination ke?” kali ani agak keras nada suara Sham pada Eshika. “Yupp!” jawab Eshika pantas. “Baiklah, Eshika Batrisya Bte Safwan Danish…sebenarnye, I mmg memperduekan u, coz I rase jiwa I x hepi dgn u…bosan, boring…u ni stereotype! Puass?? bentak Sham tegas.

“ Tp kenapa Sham? kenapa baru sekarang kau luahkan nya??, kau ingat aku apa Sham, apaa??? Aku mencintai kau dengan setulus jiwa, tapi ini harga yg kau bayar padaku? Aku menyesal Sham..menyesal kenal dengan jantan yang tak tahu harga sebuah cinta macam kau!!! Seribu satu pertanyaan keluar dari mulut Eshika satu per satu. Masih segar dari ingatannya, pada mula-mula mereka kenal, Sham seorang yg “caring”, ‘jujur” dan sangat “setia”. Rasanya bak kata orang, pijak semut pun x mati, begitulah Sham seadanya. Manusia berubah, tapi kini...ketika ini….hari ini….saat ini….Sham melafazkan kata-kata yang x sepatut nya dilafazkan.

Senja merah melabuhkan tirainya diufuk timur ladang anggur, pertemuan untuk kali yang terakhir juga tamat diantara pasangan uda dan dara yang tidak lama dulu sangat “romantic”.
Senja kali ini tiada makna lagi buat Eshika, tidak seperti sebelum-sebelumnya. Tiap kali senja melabuhkan tirainya, Eshika dan Sham pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat saat –saat indah itu sambel mengukir senyuman mesra. Baginya waktu itulah saat yang paling manis buat mereka. Namun kini semuanya musnah, hancur, berakhir dan punah ditelan senja nan merah. Mungkin malam akan menelan setiap kenangan itu dengan perlahan-lahan.

“BooOOMM!!!” bunyi pintu, sekuat hati dihempaskan. “Hey, kau ni dah kenape??!!
Salam xde ape xde tau-tau nk hempas-hempas pintu pula, gila ke?? jerit Reyna.
Linangan air mata seorang gadis yg bertakung dikelopak matanya diselangi dengan air mata yang mengalir di alis pipinya cukop untuk Reyna meneka apa sebenarnya yang berlaku.
“Eshika, sabarlah, itu je yang aku mampu ucapkan saat ni….” sambel meyapu belakang Eshika. “U juz iamagine la Reyna…aku kenal die bukan baru minggu lepas. dah hampir 3 tahun kami menjalin ikatan….2 tahun jantan tu jadik abang angkat aku setahun kami kapel, tergamak die buat sume ni keatas aku??!!!” soal nya pada Reyna rakan sebiliknya sambel teresak menanges. “ Ya, aku faham…tapi lelaki memang x pernah cukop kan dengan apa yg mereka ada…?? kau ingat tu. Sekarang macam ni la, perkara dah lepas, dan dah berlaku pun. Mulai esok aku suggest kau fokuskan la pada ruang pelajaran kau, exam mid term lagi 2 minggu…aku teman kau belajar okeyy? aku tau..mmg susah kau nk lakukan sume tu dgn keadaan kau yang macam ni..tp aku percaya kau kuat, kau boleh harungi okeyy!!!. kata-kata semangat yg diberikan oleh Reyna membuatkan Eshika tersentak seketika, maseh tergiang-ngiang suara ibunya memesan semasa hari pertama dia mendaftarkan diri di Universiti ini. “Kau jgn lupa ya, dtg kemari mahu berlajar, bkn mencari cinta…ingat tu..” pantas Eshika menyapu air matanya yg mengalir jerneh. “Okey Reyna, mulai esok aku akan tetapkan focus aku! aku xkan hampakan hasrat dan harapan kedua ibu bapa ku yg meletakkan harapan tinggi keatas ku!!!” Eshika berazam tegas. “Ni, baru betul Eshika Batrisya yang aku kenal, xmudah mengalah pade seorang lelaki….hahaa….dah dah…sapukan bersih2 air mata mu gadis comel” gurau Reyna. “Sekarang ni kau pergi bersiap-siap, jom ikot aku pergi makan sekejap, aku belanja biar kau happy” tegas Reyna menyuruh Eshika bersiap untuk ke kedai makan malam.

Satu lagi episod percintaan yg musnah hancur bersama seribu harapan. Gadis yang mempunyai niat ikhlas dan suci disalibkan dengan harapan palsu seorang lelaki. Beginikah akhirnya cinta sejati? Mengapa cinta sejati diperlakukan begini? Malam ini janggal ku rasakan, sendiri melalui detik yang pedih…perit sekali. Pertama kali bagi ku, hitung bintang seorang diri, dan pertama kali jua, maruah ini dipersenda. Oleh insan yang ku cinta, oleh insan yang ku sayang, Kini Bermusuhan. Lelangit hitam menghembuskan angin suram pada tubuh Eshika. Malam itu dia lelap dengan linangan air mata pasrah. Mungkin ada esok untuknya~


Bersambung~










4 comments:

ms.popcorn said...

fad...story line ok,best...tp,..ermm lau ko pakai BM standard lg ok kot...leyh publish o cerpen ko ni...ayat borak("...") dorg leyh agy pakai bhsa yg cam kite kai ni...tp ur story telling tu kn kai bm standard...(tkt nk komen sbnrnyer,ahaks)...cant wait for ur 4th chapter...keep it up..

Unknown said...

fad!!!!! sedey siot... huhuhuhuhu.. bgus la fad..

Shakura Zahara said...

okeh..best..belanda?hehe mcm tau je sape tuh..anyway,story neh semua org lalui,so sape yg penah lalui yea,cmfirm suka n rasa nk bc continue dia.. well done fad :)

Unknown said...

laki mmg ssh nk setia..ok..next chapter..