THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Monday, August 30, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan



Chapter 2

Apa lagi selain cinta,
Cinta itu buta,
Orang yang bercinta itu lagi buta,
Selagi Cinta bernama cinta,
Pahit pun rasa manis . . . .

2
Pandangan bola mata gadis itu tepat ke wajah seorang jejaka kurus tinggi yg berdiri bersama segerombolan kawan-kawannya sambil menghembuskan kepul-kepulan asap rokok seakaan berbincang bagai hendak melakukan protes besar-besaran. Tampak bergaya jejaka yang direnunginya itu pabila hisap rokok, mungkin hatinya sudah terpaut, jadi apa pun tidak diendahkan. Ini bukan kali pertama wana melihat dari jauh jejaka idamannya itu, malah hampir setiap kali selepas kelas dia mesti menjenguk ke hadapan kolej untuk mengintai jejaka itu, mana lah tau kalau-kalau jekaka itu lepak bersama-sama kawan-kawannya sambil merokok dan bersembang kosong, sempatlah dia menatap wajah jejaka pujaannya itu walaupun dari sudut pandangan jauh. Baginya cukuplah sekadar melihat dari jauh, kerana dirinya malu untuk menegur dan berkenalan, tenung wajahnya dari jauh pun sudah cukup. Kalau diikutkan hatinya itu, mahu sahaja dia pergi betul-betul didepan muka jejaka itu dan bertanya kan “Boleh kita berkenalan?” tp dia sedar yg dia seorang gadis, apa tanggapan lelaki kalau perempuan berkelakuan sebegitu rupa. Sebab itu jua lah sehingga ke harini ini dia hanya menyimpan sahaja hasrat itu jauh – jauh dalam kotak hatinya. Umpama menyimpan duit didalam peti besi hendaknya.

“Hye, tak habis-habis lagi ke, da puas dah untuk setakat hari ini?” soal gadis berbaju kebaya berkain sutera campur berwarna agak sedikit cokelat itu. “kau hani, hemm…..kalau diberi masa 24jam tambah lagi 24jam pun belum tentu lagi aku puas merenungnya!” jwb wana sambil tersipu malu. “Gatal…!!” sindir hani sambil mengukir senyuman di wajahnya yang berlesung pipit itu. Hani seorang gadis yang comel, mempunyai lesung pipit yang istimewa diwajahnya. Jadi, tak hairan la hampir setiap hari ada sahaja lelaki yang hendak berkenalan dengannya. Cuma dirirnya sahaja yang tak ambil pusing. “Wana, jomlah kita balek ke rumah sewa, on the way balek rumah kite tapau nasik kat kedai che’ wan tu ye? Perut aku da lapar sangat2 ni” pinta hani sambil mengusap-ngusap perutnya yang kosong, mungkin sejak kelas pagi yang pertama perutnya tidak menerima makanan. “yela2, kau ni…asyik makan je kan, badan xnaik pun, macam tiang eletrik jugak?” gurau wana sambel mereka melangkah keluar dari kolej.
Sebelum meninggalkan perkarangan kolej, sempat lagi sempat lagi wana melepaskan ekor matanya kepada jejaka nya itu yang masih lagi bersembang rancak bersama kawan-kawannya.
“Sudah-sudah la tu wana, engkau ni kan, esok kan ada lagi” bentak kawan satu fakulti dengannya itu. Dengan langkah yang agak berat wana cuba melangkah seperti dipaksa berlari sepantas Hussein Bolt meninggalkan kolej balek ke rumah sewanya. Dah hampir setahun setengah dia menetap di rumah sewa itu bersama teman-teman kolejnya, hanya tiga bulan pertama sahaja dia tinggal di asrama kolej, kemudian duduk dirumah sewa bersama rakan-rakan. Mungkin kerana bayaran untuk tinggal di asrama agak mahal berbanding di rumah sewa yang disewa seramai 20 kepala di dalam rumah 2 tingkat yang mempunyai 3 bilek itu. Soal tempat tinggal bukan menjadi perkara besar pada wana, baginya janji bersih dan boleh mengulangkaji pelajaran cukuplah. Susuk tubuh wana dan hani semakin jauh meninggalkan kolej menuju ke rumah kotai mereka.

Sambel mereka menjamu selera diruang tamu meja hadapan, wana bertanya kepada hani “apa pendapat kau tentang budak tu?” soalnya. “Budak mane? lelaki badan macam papan lapis tu?” sindir hani, kali ini wajah wana bertukar serius lalu terus berenti mengunyah nasik laok ikan masak merah itu” Wana memang begitu, bila ada saja yang tidak kena mulalah dia tarik muka seriusnya. Wana tampak cantik sekali sekala bila raut wajahnya serius, dengan warna kulit sawo matang, sesekali memuncungkan bibirnya umpama hendak mencium pipi bayi 2 tahun. Ia kelihatan cantik begitu, mungkin kerana ia memang memiliki wajah yang ayu dan anggun, jadi setiap raut wajahnya kelihatan sempurna sahaja. Fikiran wana terus melayang kepada jejaka idaman nya itu. Memang dia kurus, umpama lalang, tiup ke kiri, kekiri perginya, tiup kekanan, kekanan lah ia.Namun, bukan soal susuk tubuhnya yang menjadi masalah pada wana. Padanya, hati nya sudah betul-betul terpaut dengan wajah kacukan chinese itu.
Sehingga kadang-kala tidak boleh tidur dibuatnya. Aku tetap aku, ini yang aku rasa, jadi tak salah aku melayan perasaan aku. Detik hati wana bersendirian. “Haa, ha’a….btl dia lah yang aku maksudkan” jwb wana dengan nada sedikit serius.”Macam ni la wana, dia memang hensem…kalo difikirkan logik akal, bukan kau sorang je yang meminati dia, ramaila dan lagi satu mesti orang macam dia dah ada teman istimewa, setakat kita yang biasa ni mana dia nk pandang”. Hani memang pandai membuat kesimpulan, mungkin sudah berpengalaman berkenalan dengan banyak lelaki, jd banyak sudah pengalamannya dengan seorang insan yang bergelar lelaki.

Malam itu sebelum wana melabuhkan tirai matanya, dia berfikir sendirian. Apa betul kah kata-kata hani petang sewaktu mereka menjamu selera bersama-sama tadi. Malam ini, sekali lagi dia tidak dapat melenakan matanya, dek kerana terlalu memikirkan kata-kata hani. Jantung nya seumpama diletakkan bom jangka masa, berdegup dengan laju selaju halilintar berdetak dengan kencang seperti dilanda taufan. Hani memang seorang yang berterus terang orangnya, langsung tidak mahu menjaga hati kawan-kawan. Apa yang terlintas difikirannya diluahkan dengan sejujurnya pabila disoal, tanpa berfikir panjang. Aku benci cinta, aku benci terjebak dengan masalah cinta, aku benci dicintai. Itu yang di rasa oleh gadis kelahiran selatan tanahair itu. Tp mengapa aku terjebak dalam keadaan sebegini. Ingatan wana masih lagi segar saat dia menjalinkan hubungan dengan cinta pertama nya tidak lama dahulu.Tp akhirnya mereka terpisah kerana tiada kejujuran dalam percintaan yang terjalin. Fikiran yang kalut dan berkecamuk tadi hilang diawangan kepul awan April. Sendirian wana tertidur tanpa ia sedari. Angin malam terus bertiup sepoi, mengalunkan melodi larut yang tenang dan aman, membuai lena setiap insan di muka bumi ini. Alangkah nikmatnya suasana begini, sebelum siang muncul kembali.

Bersambung . . .

3 comments:

Shakura Zahara said...

afad..neh aku suka..tp still aku tkdapat nk cam nama watak..pls besar kn huruf depan nama watak..wana dan hani..lagi satu,bold kn font..background kau menghalang penglihatan bacaan kaki novel mcm aku..aku suka chpter 2,coz tkda sgt shortform..sejibik cm novel..gud job :)

ms.popcorn said...

fad...yg 2nd chapter much better...btl ape yg shabu type tu...bck ground beautiful but a bit ganngu penglihatan ar...kemas yg 2nd tuh...pasnih nk bace yg 3rd lak...hopefully ok lorh...keep it up!

Unknown said...

mla bes..da kuarkn second watak..ap lg ek pasni..
jap bca lg..