THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

....

wanita ibarat epal, jgn rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dipetik. Engkau ditakdirkan berada diatas krn hanya lelaki yang betul-betul layak dan berani sahaja dapat menggapai epal yang berada dipuncak itu.Seandainya engkau tidak dipetik didunia ini,mungkin jodohmu menanti di syurga sana…

Wednesday, October 20, 2010

Kemana Kau Menghilangkan Diri, By : AfadBudakSetan



Agak lama juga saya meninggalkan pembaca bersama dengan cerita novel saya. Pertama sekali saya mengucapkan beribu kemaafan kerana kesibukkan urusan kerja yang membatasi pembikinan sambungan jalan cerita "Kemana Kau Menghilangkan Diri" ini. Terima kaseh kepada yang setia menanti sambungan cerita novel saya ini. InsyaAllah saya tidak akan hilang, saya akan sambung cerita ini hingga ke akhirnya. Saya berharap pembaca cuma bersabar, kalau-kalau episod seterusnya agak lambat sambungan nya. Tapi ia tetap akan bersambung, layannnnn=)




Kekasih retak-retak mimpi Yang pernah menguji luhur cinta kita,
Sehingga meruntuh kuntum-kuntum kasih Kala malam sepi,
Menjadi tangisan hatiku sendiri Yang lama menanti
Kekasih ini bukan mimpi Yang pernah membuai malam hari kita bersama,
Menahan titis air mata membasah di jiwa hanya sis-sia
Sungguhnya kau harus kembali kekasih
Masihkah ada sisa untukku Ukirkan senyum semanis mungkin,
Kasih . . .

5

“Hye, sedang buat apa tu…” tiba-tiba ayat itu muncul dari skrin telefon milik Wana, “tak buat apa-apa, cuma di luar di bazar larut malam bersama kawan-kawan” balas Wana ringkas pesanan sms yang baru sahaja diterimanya itu. Selang beberapa minit telefon bimbit milik Wana berbunyi lagi, kali ini bukan mesej misteri yang masuk, tetapi ada nombor yang tidak dikenali menelefonnya. Wana dengan tertanya-tanya menjawab pangilan itu “Ya, hello…” “Ahaa, hello…..Assalamualaikum” suara lelaki yang membuat panggilan itu menjawab dan memberi salam. “Waalaikmsalam, siapa ni?? ya, Wana bercakap disini”. Tanya Wana Ringkas. “Hemm..saya..saya..ada orang bagi nombor awak kepada saya, katanya kawan awak dan saya menelefon pon kerana atas sebab hendak memastikan benarkah ini Wana yang memberi pesan kepada kawan supaya memberi nombor telefon kepada saya”. Haa?? Apa benarkah dia?? Adakah dia lelaki yang ku puja selama ini?? Adakah dia sedang menelefonku ini?? Mimpikah aku?? Berdesup darah Wana naik terus ke jantung dan setiap segenap rongga darah yang mengalir. Ya…! benar memang dia dan aku tidak bermimpi…!! soal hati Wana tidak keruan, dia masih lagi dalam keadaan tidak percaya. “Iya-iya…saya yang memberi pesan kepada kawan saya, awak marah?” soal Wana kalau-kalau tindakkan nya itu menguris hati lelaki pujaannya itu. ‘Oh, tidak-tidak saya tidak marah”. jawab Fathul mesra. Malam terus membuaikan iramanya, dan mereka masih lagi berbual mesra. Mungkin ini titik permulaan sebuah kisah cinta yang indah.

Tepat jam tiga petang, Fathul sudah tercongok dihadapan rumah sewa Wana bersama motor kapcainya Yamaha. Jantung nya sesekali resah memikirkan pertemuan ini. “Betulkah apa yang aku buat ni?” detik hatinya. “Ahhh….setakat keluar apa salahnya” dia menenangkan hatinya. Bunyik geseran pintu pagar yang sudah berkarat terdengar dari belakangnya. Seorang wanita yang agak tinggi, dengan lenggok badan yang menarik perlahan-lahan berjalan menuju padanya sambil menguntumkan senyuman mesra. “Fuhhh~ indahnya ciptaan tuhan” detik hati Fathul. Mereka saleng bertegur sapa, maseng-maseng menguntum senyuman yang agak malu mungkin sebab pertemuan ini, pertemuan kali pertama. “Jadi, kemana arah tujuan kita?” soal Fathul. “Kemana-mana saja” jawab Wana ringkas sambil menguntum senyuman manis di bibir. Enjin motor kapchainya dihidupkan dan terus meluru pergi meninggalkan kepul-kepul asap hitam di jalanan.

Di atas, motor rancak pasangan ini mesra bersembang. Sesekali Fathul menoleh kebelakang, matanya tidak focus melihat jalan dihadapan, mungkin kerana gadis ini terlalu mesra bersembang dengan nya, jadi agak terganggu fokusnya untuk menunggang dengan penuh focus. “Awak suka bernyanyi? soal Fathul. “Hem, boleh la, minat juga, kenapa?” Wana bertanya. “kalau macam tu, xsalahkan kalau kita ke pusat karaoke?” soal Fathul, kali ini agak risau, kalau-kalau Wana kurang setuju dengan cadangannya. “Oh, ya..? boleh juga” Wana tertawa kecil sambil menutup bibirnya dengan jari-jari halus seorang wanita. Desiran angin agak kuat menyebabkan perbualan mereka agak terbatas umpama dilanda ribut tsunami saja. Pertemuan kali pertama, pertemuan penuh bermakna, untuk pertemuan kali ini tempat pertama yang mereka tuju adalah pusat karaoke. Fathul suka bernyanyi, begitu juga Wana, masing-masing mempunyai minat yang sama. Mungkin kerana itu mereka cepat mesra.

Minggu peperiksaan bermula, Eshika tidak lagi memandang perkara-perkara yang lepas, fokusnya hanya satu, ingin mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan kali ini. Setiap sudut muka surat buku telah dibacanya dan setiap mata pelajaran telah difahamkan sefaham-fahamnya. Melihatkan gayanya, dia mengambil positif terhadap kisah negative nya, dia memang seorang gadis yang cekal dan tidak mudah mengalah hanya kerana cinta palsu seorang lelaki yang menjanjikan kata-kata dusta belaka. Pernah sekali Sham melafazkan kata “Sekiranya mencintaimu satu jenayah sayang, i rela dipenjarakan~” begitu manis kata-kata lelaki kasanova memerangkap hati setiap wanita yang mendengarnya.

Dewan peperiksaan begitu sepi sekali, sesekali bunyi selakan kertas dan jga sesekali bunyi geseran kaki calon-calon peperiksaan. Fokus tertumpu pada Eshika, dia tidak mengendahkan apa saja bunyi yg berada disekelilingknya. Kiranya gempa bumi sekali pun dia tetap pada tempatnya menjawab soalan hingga ke akhirnya. Begitulah ia. Reyna terkial-kial menjengah beg galasnya, Reyna antara calon-calon yang awal keluar dari dewan peperiksaan mungkin kerana soalan untuk subjek ini terlalu mudah baginya atau terlalu sukar sehinggakan dia keluar dengan pantas kerana tak tahan menghadap soalan yang terlalu sukar. “Mana Eshika ni, mungkin maseh lagi di dalam menjawab kertas soalan rasanya” detik hati Reyna.
Dari belakang muncul kelibat Eshika yang agak laju menyusun langkah “Oi2, nak kemana laju2?” . Eshika senyum “ nak balik la cik Reyna sayang, dari semalam aku xtidow tau mengulangkaji pelajaran, kau lain la cukup tidow” sinis Eshika sahaja. “Elow2, yela..yela…aku pun tak berapa faham soalan tadi, tapi…..aku boleh jawab tau..” jawab Reyna memberi alasan. Niat Eshika yang hendak bergegas pulang ke asrama itu untuk tidur beralih ke kafe, rakan baiknya Reyna mengajak nya minum petang dahulu sebelum pulang ke asrama.

Mata mereka saling berpandangan antara satu sama lain, tajam Wana memandang mata sepet Fathul, begitu jua Fathul memandang Wana sambel disaksikan secawan teh dan kopi ditengah-tengah antara mereka. Wana senyum “saya xpercaya dapat keluar dengan awak pada hari ini, saya rasa umpama mimpi dalam mimpi sahaja” ucap Wana. “Oh, ya…perempuan yang cantik macam awak ni mustahil tiada teman lelaki kan” soal Fathul. Wajah Wana mulai serius, “hem, ya…tp, sudah putus, dia menduakan saya” jawapan Wana cukup membuatkan Fathul faham lantas tidak bertanyakan lagi tentang kisah cinta silam Wana. “Jadi sudah lama awak perhatikan saya?” soal Fathul. “Awak nak jawapan betul kea tau jawapan tipu??” gurau Wana sambel tertawa kecil. “ok2, saya dah lama perhatikan awak semenjak ditangkap merokok di dalam tandas kolej tidak lama dahulu”. Teringat kembali Fathul pada masa itu, sedang dia enak melayani kepul-kepul asap rokok tiba-tiba lecturer kanseling masuk ke dalam tandas lantas merampas kad pelajar miliknya dan rakan-rakan. Apa yang dirisaukan sangat Fathul kalau-kalau pihak kolej mnelefon orang tua nya. Maklumlah, orang tua nya begitu pantang dengan perokok, apatah lagi anak nya pula yang merokok?. Naseb baiklah perkara itu hanya habis di bilik kaunseling sahaja. Kalau tidak habis badan Fathul dikerat-kerat orang tua nya. “Oh…hahahhh…kes itu” gelak Fathul riang. “Awak nampak agak tidak keruan semasa awak dicekup, tetapi pada masa itu juga la saya mula meminati awak, dan mahu melihat awak sahaja, sebab itu saya hanya memerhati dari jauh setiap hari.” Wana tunduk malu sambel mengukir senyuman manis. Perbualan mereka rancak hingga ke senja, sebelum pulang semasa berjalan menuju ke lot parking, Fathul sempat memegang tangan Wana. Gengaman tangan Fathul cukup indah buat Wana. Tidak putus-putus Wana menguntumkan senyuman mesra. “Arghhhh….aku cinta padanya!” jerit Wana sekuat-kuat didalam hatinya.

Bersambung~

1 comments:

Unknown said...

da mulai bercinta,,ni kisah hidup ekk..ok next..